PM Muhyiddin lancar Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah


KOTA KINABALU, 16 Sept  —  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk rakyat negeri ini bagi pilihan raya negeri ini. 

Beliau berkata Aku Janji itu berpaksikan hak Sabah, kepimpinan berintegriti, Wawasan Kemakmuran Bersama dan perpaduan rakyat Sabah.

Menurutnya, Aku Janji itu akan dilaksanakan sekiranya gabungan itu terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan negeri pada pilihan raya 26 Sept ini. 

Loading...

Katanya Aku Janji itu perlu dilaksanakan demi pembangunan, kemajuan dan kehidupan lebih baik buat rakyat Sabah, selain sebuah komitmen menyeluruh semua parti dalam gabungan itu untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat Negeri di Bawah Bayu itu. 

“Kenapa salinan Aku Janji diserah kepada saya selaku Perdana Menteri ialah kerana antara perkara tersenarai (dalam Aku Janji) ada hubung kait dengan urusan kerajaan persekutuan, sebahagian yang lain urusan kerajaan negeri…(Aku Janji ini) tawaran baharu jauh lebih baik daripada Warisan untuk rakyat Sabah. 

“Ini suatu yang harus kita lakukan disebabkan antara lain Sabah miliki rakyat ramai yang sebahagian besarnya perlukan pembangunan dan kemajuan.

“Rakyat Sabah seperti negeri lain masih perlukan pembelaan dan sokongan pelbagai peringkat kerajaan di negeri dan persekutuan,” kata Muhyiddin, yang juga Pengerusi PN, ketika melancarkan Aku Janji GRS di sebuah hotel, di sini hari ini. 

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *