Festival Filem Malaysia ke-31 bakal diadakan Oktober ini


KUALA LUMPUR, 14 Jun  — Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) bakal diadakan  Oktober ini dengan mempertandingkan 22 kategori melibatkan penyertaan filem cereka.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyertaan untuk filem-filem tempatan dibuka secara rasmi rasmi bermula dari 15 Jun sehingga 12 tengah hari 15 Julai depan.

“Terdapat tiga syarat uatama penyertaan iaitu ia mestilah filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bagi tahun 2018, 2019 dan 2020 bagi tayangan di Malaysia dalam  format DCP/35 mm/format digital dengan tempoh tayangan sekurang-kurangnya 60 minit.

“Selain itu filem berkenaan juga mestilah yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan merupakan filem-filem yang ditayangkan dalam tempoh tiga tahun berkenaan sahaja,” kata Finas selaku penganjur rasmi Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

Selain pengeluar filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem daripada Finas, bagaimanapun  bagi syarikat yang telah memohon tetapi lesen masih belum diperoleh, pemohon boleh memberikan nombor rujukan fail Finas yang berkenaan.

Menurut Finas  antaranya ialah kategori yang dipertandingkan ialah filem terbaik, pengarah terbaik, pengarah harapan, pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik, lakon layar terbaik, sinematografi terbaik, penyunting terbaik dan kesan khas visual terbaik. 

Butiran lanjut, syarat penyertaan dan muat turun borang penyertaan FFM31 boleh didapati menerusi pautan https://www.finas.gov.my/borang-penyertaan-ffm31-2/. 

Sebarang penyertaan boleh berhubung terus dengan Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM31 menerusi talian 03-79682137 / 2110/ 1129 / 012-9155220 (Norasikin Salikin) / 011-23387665 (Mohd Farid Azlam) dan emel di penjurianffm31@finas.my, kata kenyataan itu. 

— BERNAMA

 

 



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamatadio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial