BERNAMA – COVID: 15, 669 kes baharu, Selangor tertinggi, jumlah kes kini 2 juta


KUALA LUMPUR, 14 Sept  — Kes baharu COVID-19 dalam negara terus menurun untuk empat hari berturut-turut dengan sebanyak 15,669 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari ini.

Menerusi hantaran di Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini melepasi angka dua juta iaitu 2,011,440.

Selangor kembali menjadi negeri tertinggi merekodkan kes dengan 2,632 kes hari ini, disusuli oleh Sarawak (1,983) dan Johor (1,974).

Sabah pula mencatatkan kes harian keempat tertinggi dengan 1,784, diikuti Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).

Negeri-negeri lain merekodkan kes harian baharu di bawah empat angka iaitu Perak (856), Pahang (763), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Melaka (329), Negeri Sembilan (143), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Labuan (tiga).

— BERNAMA 



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial