Anak gajah jatuh sungai diselamatkan di Mersing


MERSING, 14 Sept — Seekor anak gajah yang jatuh ke dalam Sungai Endau, dekat Kampung Orang Asli Tanah Abang, dekat sini, berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung sebelum dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, hari ini.

Pengarahnya Salman Saaban berkata penemuan anak gajah itu adalah hasil maklumat orang awam dan seramai empat kakitangan Pejabat Perhilitan Mersing telah digerakkan ke lokasi berkenaan.

Hasil siasatan pihaknya, anak gajah yang berusia kurang daripada seminggu itu dipercayai terjatuh ketika cuba menyeberangi Sungai Endau selepas terpisah daripada kawanannya. 

Loading...

“Anak gajah itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan terdapat hanya luka kecil lama di bahagian luaran badannya.

“Anak gajah tersebut telah dibawa ke Perhilitan Mersing bagi pemeriksaan lanjut oleh doktor veterinar jabatan dan seterusnya akan dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang untuk tujuan pemulihan,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Pada 14 Julai lalu, seekor anak gajah yang berkeliaran bersendirian di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing berjaya diselamatkan Perhilitan Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *